Islamic Widget

Khamis, 5 Mei 2011

Syarat & peraturan keanggotaan K0-Nusantara

SYARAT-SYARAT MENJADI ANGGOTA

Sila baca syarat-syarat berikut dengan teliti sebelum mengisi borang PERMOHONAN UNTUK MENJADI ANGGOTA.

1. Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat di dalam borang yang dibekalkan oleh koperasi dengan percuma atau pun secara online di laman web Ko-nusantara (borang daftar online) dan di isi dalam satu salinan sahaja.

2. Seseorang yang ingin menjadi anggota koperasi ini MESTILAH :-

2.1. Warganegara Malaysia (bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi ini.

2.2. Berumur tidak kurang lapan belas (18) tahun.

2.3. Syarikat, individu, atau bekerja sebagai kakitangan;- (a) kerajaan negeri atau persekutuan (b) kuasa Tempatan, (c) kakitangan lembaga atau Badan Berkanun, (d) KO-NUSANTARA BERHAD dan subsidiari-subsidiarinya (e) kakitangan yang bertugas dipara (a) hinnga ke (c) diatas telah diswasta kan boleh meneruskan meneruskan keanggotaannya degan syarat badan yang diswastakan itu mengiktiraf dan mematuhi peraturan-peraturan, undang-undang kecil dan Matlamat Koperasi.

2.4. Bertaraf jawatan tetap atau percubaan atau sementara atau kontrak (tertakluk kepada status jawatan, tempoh telah berkhidmat dan status jabatan)

3. Koperasi ini tidak boleh menerima masuk menjadi anggota seseorang yang tidak memenuhi syarat-syarat di dalam akta koperasi 1993, peraturan-peraturan 1995 dan undang-undang kecil koperasi.

4. Fi (bayaran) masuk menjadi anggota ini adalah sebanyak RM50.00 dan boleh dibayar ketika mengemukan borang permohonan.

5. Lembaga koperasi berhak melulus atau menolak sesuatu permohonan menjadi anggota tanpa memberi tahu sebab-sebabnya.

6. Pemohon yang telah diterima menjadi anggota dan telah menjelaskan Fi masuk dan harga penuh saham sekurang-sekurangnya satu unit saham berharga RM300.00 adalah mempunyai segala hak, kewajipan dan tanggungan sebagai seorang anggota koperasi ini.

7. Setiap anggota MESTILAH mempunyai sekurang-kurangnya satu unit saham dengan nilai RM300.00. pembayaran saham boleh dibuat sekali bayaran atau beransur-ansur dengan syarat tidak melebihi 3 bulan untuk satu pembelian saham.

8. Setiap anggota MESTILAH melantik seorang atau lebih penama (nominee) dengan mengisi borang yang disediakan bagi menerima bayaran wang haknya sendiri daripada koperasi ini sekiranya dia meninggal dunia.

9. Senaskah undang-undang kecil akan diberikan kepada secara percuma kepada pemohon yang telah diterima masuk menjadi anggota. Anggota-anggota adalah diminta untuk mematuhi segala syarat-syarat yang termaktub dalam undang-undang kecil koperasi ini dan dikehendaki menandatangani satu ikrar.

10. Semua permohonan mestilah di alamat kan kepada :-

Setiausaha ,

Suites 23, Tingkat 2, Wisma Sedco, Plaza Wawasan,

Jln Lebuhraya Pantai Baru,

Peti Surat 15781, 88866 Kota Kinabalu, Sabah.

@

Secara online di website Ko-Nusantara dengan mengklik butang hantar / submit

( http://konusantara.blogspot.com)

NOTA :- sebelum anda mengemukakan borang permohonan ini, sila pastikan perkara yang berikut adalah disertakan:-

i.) Salinan kad pengenalan atau kad waran ( anggota polis) yang disahkan benar

ii.) Pengakuan / ikrar anggota yang telah di tandatangani

iii.) Borang penama

· Bagi pemohon yang mengisi secara online Cuma perlu emailkan salinan kad pengenalan atau kad waran ke konusantara@gmail.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGUMUMAN PENTING !!!


SALAM KEIMANAN...KOPERASI KO-NUSANTARA BHD
Menjemput Anggota Ko Nusantara Berhad hadir ke pejabat mengemaskini keanggotaan :-

sepanjang 2013
Masa Pejabat 9.00 pagi hingga 5.00 petang


Suites 23, 2nd floor, Wisma SEDCO,
Plaza wawasan, Jln.Lebuhraya Pantai Baru,
888666, Kota Kinabalu, Sabah.
Utk keterangan lanjut sila HUBUNGI: 013-89999 35/ 0128309609


Warisan

ok ok bah