Islamic Widget

Rabu, 25 Mei 2011

TIP-TIP JATI DIRI USAHAWAN

1. Kehausan kepada penghargaan sama besarnya dengan kebencian kepada cercaan.

2. Mereka yang melakukan kesilapan akan mencerca orang lain, itulah sikap manusia.

3. Kritikan akhirnya hanya akan kembali kepada diri kita sendiri.

4. Seseorang dapat memahami serta memaafkan, memerlukan kesungguhan dan kemampuan
mengendalikan diri.

5. Seseorang yang bijak akan menunjukkan kecerdikan melalui cara tersendiri.

6. daripada mencerca orang, lebih baik cuba memahami mereka akan memanfaatkan semua.

7. Allah tidak akan mengadili manusia hingga pada ssat terakhirnya. kalau begitu kenapa kita
harus mengkritik.

8. Prinsip yang paling mendalam pada sifat manusia ialah kehausan untuk dihargai.

9. Keajaiban boleh dihasilkan dengan memberikan penghargaan yang ikhlas.

10. Harta termahal seseorang adalah kemampuannya membangkitkan semangat gigih yang terbaik pada diri seseorang lain.

11. Keluarga, rakan-rakan, pekerja dihargai secara ikhlas dan murni sama seperti kita memerlukan makanan.

12. Jangan takut kepada musuh-musuh yang menyerangmu, takutlah kepada mereka mereka yang mengampumu.

13. Bangkitkan keinginan membara dalam diri orang lain, seperti ibu memberi kasih sayang kepada kita.

14. seseorang yang mengalami kesulitan besar dalam hidupnya dan paling menyulitkan orang lain adalah orang yang tidak memberikan perhatian kepada orang lain. Semua kegagalan manusia muncul daripada orang-orang seperti itu.

15. Jika anda ingin disukai oleh seseorang maka tersenyumlah.

16. Ingatlah nama bagi seseorang sesuatu yang sangat indah dan amat penting dalam mana-mana bahasa.

17. Jadi seseorang pendengar yang baik, dorong orang lain bercakap tentang diri mereka.

18. Cara terbaik dari sesuatu perdebatan adalah mengelakkannya.

19. Jika anda bersalah, akuilah dengan segera dan ikhlas.

20. Ajaklah orang lain agar segera berkata "Ya,Ya" sekarang juga.

21. Cubalah berlaku ikhlas dalam melihat sesuatu perkara daripada sudut pandangan orang lain.

22. Bersimpatilah terhadap idea dan keinginan orang lain.

23. Mulakan dengan pujian dan penghargaan yang ikhlas.

24. Jadikan sesuatu kesilapan itu mudah diperbaiki.

25. Menjadikan seseorang itu gembira apabila melakukan sesuatu yang anda inginkan.

26. Fikiran kita tidak mengenal batas selagi kita masih boleh membayangkannya.

27. Kemiskinan dan kekayaan itu bersumber daripada fikiran kita.

28. Kebahagiaan itu bukan sahaja terdapat didalam kita memiliki.

29. Setiap inci kesulitan, kegagalan, penderitaan akan memberi manfaat dan faedah yang lebih besar.

30. Apa sahaja yang dicantumkan dalam fikiran seseorang dan diyakininya dengan sungguh-sungguh pasti berupaya mencapainya.

31. Kesempatan itu sering tersembunyi.

32. Saya tidak akan berhenti meskipun orang lain berkata tidak.

33. Hasrat ialah titik tolak daripada semua usaha untuk memperolehi kejayaan.

34. Bayangkan bahawa anda seseorang jutawan, betapa kuatnya pengaruh sebuah matlamat menjadi kenyataan.

35. Kejayaan tidak memerlukan penjelasan.

36. Kegagalan tidak memberikan peluang untuk orang yang berdolak dalik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGUMUMAN PENTING !!!


SALAM KEIMANAN...KOPERASI KO-NUSANTARA BHD
Menjemput Anggota Ko Nusantara Berhad hadir ke pejabat mengemaskini keanggotaan :-

sepanjang 2013
Masa Pejabat 9.00 pagi hingga 5.00 petang


Suites 23, 2nd floor, Wisma SEDCO,
Plaza wawasan, Jln.Lebuhraya Pantai Baru,
888666, Kota Kinabalu, Sabah.
Utk keterangan lanjut sila HUBUNGI: 013-89999 35/ 0128309609


Warisan

ok ok bah