Islamic Widget

Ahad, 8 Mei 2011

Penasihat Khas Korperat

Koperasi merupakan satu organisasi milik bersama yang telah lama bertapak di Negara kita Malaysia. Ianya memiliki keistimewaan dan keunikannya.

Setiap orang mempunyai peluang untuk berjaya dengan syarat mereka mesti memberi peluang diri sendiri sebagai cabaran, mereka yang gagal bukan tidak mempunyai kelebihan tetapi disebabkan gagal melihat apa yang ada di dalam diri sendiri iaitu bakat dan kebolehan.

Sistem asas yang mesti ada pada semua organisasi / syarikat iaitu sistem pendidikan iaitu melatih ahli-ahli atau usahawan-usahawan baru / lama berdisiplin, membentuk kualiti jatidiri yang bertaraf pemimpin secara berkesan dan bijaksana.

Sistem pendidikan berterusan tersangat penting sekali kerana itu akan menentukan arah tuju dan tahap prestasi sesebuah organisasi / syarikat dalam kemajuan global.

Kelulusan akademik dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang belum dapat menjamin kejayaan jika individu tersebut tidak mempunyai motivasi jatidiri.

Dengan motivasi jatidiri seseorang itu boleh mengubah cara berfikir tentang dirinya sendiri dengan lebih baik dan semangat berdaya maju bahawa mereka boleh berjaya sepertii yang diinginkan.

Melalui latihan-latihan motivasi jatidiri bukan sekadar berjaya membina semangat jatidiri malah akan melahirkan ramai usahawan berjaya yang pro-aktif.

Latihan motivasi jatidiri berupaya mengubah cara seseorang berfikir terhadap dirinya sendiri malah membangkitkan jiwa gergasi individu yang selama ini terpendam.

Sehubungan dengan itu, sokongan dan kerjasama jitu amat diperlukan dari anggota KO-NUSANTARA dalam menjayakan projek latihan ini.

“MEMBANGUN BERSAMA MENCIPTA KEJAYAAN CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG DIBAWAH NAUNGAN KO-NUSANTARA BERHAD”


Sekian, terima kasih

DATO’ JA’AFAR BIN MOHD YUSOFF

(PENASIHAT KHAS KORPORAT)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGUMUMAN PENTING !!!


SALAM KEIMANAN...KOPERASI KO-NUSANTARA BHD
Menjemput Anggota Ko Nusantara Berhad hadir ke pejabat mengemaskini keanggotaan :-

sepanjang 2013
Masa Pejabat 9.00 pagi hingga 5.00 petang


Suites 23, 2nd floor, Wisma SEDCO,
Plaza wawasan, Jln.Lebuhraya Pantai Baru,
888666, Kota Kinabalu, Sabah.
Utk keterangan lanjut sila HUBUNGI: 013-89999 35/ 0128309609


Warisan

ok ok bah